Disc Blu Ray

Cakera Blu-ray (Inggeris: Blu-ray Disc, BD) merupakan sebuah format baru cakera padat yang bakal menggantikan cakera DVD. Format Blu-ray telah dibangunkan oleh Persatuan Cakera Blu-ray (Blu-ray Disc Association, BDA), dengan keterlibatan lebih dari 170 syarikat utama elektronik pengguna dari seluruh dunia.
Satu cakera Blu-ray dapat memuatkan sejumlah 25 GB data pada satu lapisan atau 50 GB dwi lapisan berbanding 4.7 GB data untuk DVD. Seperti namanya Blu-ray (sinar biru) mendapat namanya dari teknologi baru membaca cakera laser, berbeza dari DVD menggunakan pancaran laser berwarna merah, Blu-Ray sebaliknya berwarna biru. Laser biru-ungu mempunyai panjang gelombang 405 nm, lebih pendek berbanding DVD (650 nm) dan CD (780 nm). Ia mula dijual pada Jun 2006.
Blu-ray dicipta sejajar dengan pengenalan HDTV (Televisyen definisi tinggi), yang berkeupayaan memancarkan mutu siaran lebih jelas serta interaktif. Dengan pengenalan Blu-ray, rakaman serta penyimpanan jumlah data yang besar yang menyamai kualiti HDTV dapat dilaksanakan. Blu-ray juga digunakan dalam PlayStation 3 Sony.
Blu-ray memenangi perang format cakera optik definisi tinggi, menewaskan format HD-DVD. Toshiba, salah satu pemaju utama format pesaing itu, secara rasminya mengesahkan urusan mereka pada HD-DVD ditamatkan pada 19 Februari 2008[1].

(Dilencongkan dari Cakera Blu-Ray)
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Blu-ray Disc.png Bluray.png

Jenis Media: Cakera Optik Berdensiti Tinggi
Kod Video: MPEG-2, MPEG-4 AVC (H.264), dan VC-1
Kapasiti: 25 GB (satu lapisan), 50 GB (dwi lapisan)
Mekanisma Pembacaan: 36 Mbps (1x)/72 Mbps (2x)
Pemaju: Blu-ray Disc Association (BDA)
Format: BD-R, BD-RE dan BD-ROM
Kegunaan: Storan data, Storan video dan Interaktif