Monday, February 7, 2011

Sejarah terhasilnya DVD

Pada tahun 1993, dua piawaian storan optik kemampatan tinggi sedang dikembangkan; salah satunya ialah MultiMedia Compact Disc yang didukung Philips dan Sony, dan yang satu lagi merupakan Super Density disc yang disokong Toshiba, Time Warner, Matsushita Electric, Hitachi, Mitsubishi Electric, Pioneer, Thomson, dan JVC. Presiden IBM, Lou Gerstner selaku tukang risik, memimpin satu usaha untuk menyatukan kedua-dua paksi tersebut lalu membentuk satu piawaian tunggal, kerana khuatir akan berulangnya perang format pita video antara VHS dan Betamax yang banyak menelan wang pada 1980-an.
Philips dan Sony meninggalkan MultiMedia Compact Disc mereka lalu menerima SuperDensity Disc Toshiba sepenuhnya dengan hanya satu pengubahsuaian, iaitu bertukar kepada pemodulatan EFMPlus. EFMPlus dipilih kerana amat kuat menahan kerosakan cakera seperti kesan calar dan cap jari. EFMPlus rekaan Kees Immink yang juga mereka EFM ini adalah 6% kurang cekap berbanding teknik modulasi yang asalnya digunakan oleh Toshiba, yang menghasilkan muatan sebanyak 4.7 GB berbanding 5 GB yang asal. Hasilnya adalah spesifikasi DVD yang memuktamadkan pemain wayang DVD dan aplikasi komputer DVD-ROM pada Disember 1995.[3] Pada bulan Mei 1997, Konsortium DVD diganti oleh Forum DVD yang terbuka kepada semua syarikat lain.

No comments:

Post a Comment