Monday, February 7, 2011

GSC VS TGV


Menonton DVD cetak rompak tidak memberi kepuasan kepada aku, sama seperti menonton pornografi Jepun 3 bintang. Analogi sahaja, tak bermakna aku tengok porn. Sebagaimana yang anda tahu, dua syarikat pawagam yang paling besar di Malaysia adalah Golden Screen Cinemas (GSC) dan Tanjong Golden Village (TGV). Kedua-dua pawagam memiliki ciri-ciri yang unik tak kisahla yang mazmumah mahupun mazmudah yang membezakan antara satu sama lain. Berdasarkan pemerhatian aku yang menonton wayang setiap minggu, ayuh kita kaji perbezaan GSC dan TGV.

1) Makanan

GSC memiliki kelebihan dalam kategori ini kerana menggunakan khidmat Hotdog 1901 yang panjangnya 6 inci dan bentuknya yang firm. Anda boleh bayangkan benda lain, tiada masalah. Hotdog di TGV pula adalah hotdog yang generic saiz orang Asia dan rotinya pula rasa macam polisterine. Baik kau makan hotdog Abang Ropi depan 7-11 rumah aku tu. Begitu juga dengan popcornnya. Secara general tanpa merujuk kepada lokasi-lokasi tertentu, caramel popcorn di GSC ternyata lebih manis dan rangup. Tapi kalau Corn In A Cup, TGV yang menang kerana rasanya tidak terlalu manis dan tidak terlalu masin. Oh kat TGV ada Chachos kat GSC takde.

Apapun aku nasihatkan agar korang tidak membeli popcorn di GSC Midvalley di kaunter utama di hadapan itu kerana aku pernah nampak tikus berenang di lautan popcorn dalam mesin buat popcorn itu. Sumpah ini bukan fitnah aku tak sempat nak ambil gambar je haritu tak percaya tanya da' Killa.

Pemenang: GSC menang sebab Hotdog besar dan lazat

2) Kerusi

GSC memiliki kerusi yang selesa, tak kiralah kerusi biasa ataupun kerusi ringan-ringan di mana kita boleh menyandarkan leher kita. Kerusi di TGV pula memang gampang sekali di mana anda mungkin akan dijangkiti osteoporosis kerana tiada sokongan leher di kerusi biasa mereka. Eh? Kedudukan di antara kerusi hadapan juga terlalu rapat, so kalau orang yang kaki panjang dan organ reproduksi panjang macam aku ni memang struggle la nak melunjurkan kaki. Orang belakang pulak main lutut-lutut kerusi kita dan ini boleh membuatkan kita hangin.

Pemenang: GSC menang tanpa bertanding

3) Kemudahan membeli tiket secara online

Aku jarang membeli tiket di tempat kejadian kerana malas nak beratur dan takut tak dapat seat yang best so aku selalu beli online sahaja. Lagipun aku tak suka nak berurusan dengan pekerja kaunter tiket yang selalu dibelenggu emosi akibat terpaksa bekerja di hujung minggu. Kedua-dua TGV dan GSC menyediakan khidmat membeli tiket secara online, tetapi jika hendak membuat perbandingan, aku rasa Online Ticketing system GSC lebih baik kerana menggunakan user interface yang bersistematik dan tersusun, senang nak navigate, dan gambar kotak-kotak kerusi dia pun tidak menyakitkan hati.


Interface di laman TGV pula nampak cluttered sebab dia listkan semua panggung, kalau guna dropdown menu mudah sikit. Entahlah itu pendapat aku sahaja. Dan gambar kerusi tidak diletakkan nombor, susah hendak tikam nombor ekor ataupun hendak mengelakkan diri daripada dapat seat nombor sial mengikut kepercayaan masing-masing.


Pemenang: GSC lagi

4) Harga tiket


Aku rasa harga tiket kat TGV murah singgit dua daripada GSC. Cuba kau pergi tengok wayang di GSC Pavilion huiiii memang mahai nak mampuih itu belum kau dapat bil tiket parking kau lagi. TGV juga ada sesi early bird kalau tengok wayang sebelum pukul 12 tengahari dapat diskaun lagi.

Pemenang: TGV pemurah

5) Customer service

Customer service merupakan salah satu KPI yang digunakan untuk menentukan sama ada pekerja di GSC ataupun TGV boleh dapat increment semasa performance review tahunan ataupun dapat cuti di Hari Raya Aidilfitri. Dengan menetapkan mindset sebegini, kedua-dua pekerja GSC dan TGV memberikan khidmat pelanggan yang memuaskan secara umum. One off case kalau dia buat muka minta pelempang ataupun tak sebut branding "welcome to GSC/TGV" dengan penuh semangat tu tak kiralah. Tapi dalam sesi perbandingan ini kita mesti ada pemenang. Sebagai tie breaker kita kaji pula wajah-wajah pekerja do GSC dan TGV. GSC lebih banyak menggaji pekerja lelaki tak kiralah yang berbangsa seperti Shuhud ataupun Adam, terutamanya di Midvalley. TGV pula lebih banyak gadis-gadis yang berat badannya kurang daripada 48kg dan memiliki wajah above average nak dekat-dekat hot. TGV Jusco Cheras Selatan ada pekerja bibir Angelina Jolie lagi.

Pemenang: Seri, selepas masa tambahan TGV.

Aku rasa orang tidak akan kisah membayar harga tiket yang lebih mahal bagi mendapat keselesaan yang hakiki. Selain itu GSC tampak lebih eksklusif, ada Gold/Premier Class dan layout serta dekorasinya pun nampak gemilang. Tapi bergantung juga dengan lokasi panggung. Rumah aku dekat dengan Alamanda yang didominasi GSC tu sebab aku suka pergi sana kerana aman dan tak ramai orang. Siapa duduk Subang pasti gemar TGV Sunway Pyramid sebab dekat dengan rumah mereka dan boleh makan di Ole-Ole Bali. Kesimpulannya, berdasarkan kajian di atas, aku lebih gemar pergi ke GSC berbanding TGV. Anda bagaimana?

1 comment:

come2me said...

beli home theather,dok dengan famly ramai2 lagi syok...

Post a Comment