Wednesday, February 9, 2011

13

Tuesday, February 8, 2011

RONA DI TV9

Assalamualikum wbt..Lepas ja smbahyang isyak td,baring2 depan tv9,,tgk RONA kat tv9 tu,,al kisah pasal brader dari penang tu ha.,,,memang salut ar,, buat 3 jenis dalam 1 hari,,fuhh,sempoi ar,,pagi wakil insurans,petang beach boy,mlm plak menarik beca,,,dasyat ar brader tu,,

  Aku pun teringin nk ikut jejak dia,Masa itu emas,,tp jangan terlalu ligan dunia sangat,Akhirat kena ingat jugak ye tak..? Sebarang pendapat boleh komen kat bawah..

Monday, February 7, 2011

Aku pengidap INSOMNIA ke?




Insomnia dicirikan dengan ketakupayaan bertidur dan/atau ketidakupayaan bertidur selama tempoh yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya menutup mata atau "merehatkan minda" buat melebihi beberapa minit setiap kali. Kedua-dua insomnia organik dan insomnia bukan organik merupakan gangguan tidur. [1][2] Insomnia biasanya diakibatkan oleh ketakutan, tekanan, kebimbangan, ubat, herba, kafeina, kemurungan atau kekadangnya tanpa sebarang sebab yang ketara. Minda yang terlalu aktif serta sakit fizikal juga boleh mengakibatkannya. Mencari sebab yang mengakibatkan insomnia biasanya diperlukan untuk merawatnya.

Jenis

Insomnia, tacuinum sanitatis casanatensis (abad ke-14)
Terdapat tiga jenis insomnia yang berbeza:
  1. Insomnia Fana berlaku antara satu malam hingga beberapa minggu. Kebanyakan orang kekadang menghidap insomnia fana, akibat jet lag atau kebimbangan jangka pendek. Jika bentuk insomnia ini berlaku dari semasa ke semasa, insomnia ini dikelaskan sebagai "insomnia sela".
  2. Insomnia Akut ialah ketakupayaan untuk bertidur dengan lena secara tekal selama tempoh antara tiga minggu hingga enam bulan.
  3. Insomnia Kronik dianggap sebagai jenis insomnia yang paling seirus; ia berlaku hampir setiap bulan selama sekurang-kurangnya sebulan.

 Susah tidoq maaa....apa mo buat,,berblog la,,,,,Assalam...

Sejarah terhasilnya DVD

Pada tahun 1993, dua piawaian storan optik kemampatan tinggi sedang dikembangkan; salah satunya ialah MultiMedia Compact Disc yang didukung Philips dan Sony, dan yang satu lagi merupakan Super Density disc yang disokong Toshiba, Time Warner, Matsushita Electric, Hitachi, Mitsubishi Electric, Pioneer, Thomson, dan JVC. Presiden IBM, Lou Gerstner selaku tukang risik, memimpin satu usaha untuk menyatukan kedua-dua paksi tersebut lalu membentuk satu piawaian tunggal, kerana khuatir akan berulangnya perang format pita video antara VHS dan Betamax yang banyak menelan wang pada 1980-an.
Philips dan Sony meninggalkan MultiMedia Compact Disc mereka lalu menerima SuperDensity Disc Toshiba sepenuhnya dengan hanya satu pengubahsuaian, iaitu bertukar kepada pemodulatan EFMPlus. EFMPlus dipilih kerana amat kuat menahan kerosakan cakera seperti kesan calar dan cap jari. EFMPlus rekaan Kees Immink yang juga mereka EFM ini adalah 6% kurang cekap berbanding teknik modulasi yang asalnya digunakan oleh Toshiba, yang menghasilkan muatan sebanyak 4.7 GB berbanding 5 GB yang asal. Hasilnya adalah spesifikasi DVD yang memuktamadkan pemain wayang DVD dan aplikasi komputer DVD-ROM pada Disember 1995.[3] Pada bulan Mei 1997, Konsortium DVD diganti oleh Forum DVD yang terbuka kepada semua syarikat lain.

DVD? Apa maksudnya?

DVD

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
DVD
Logo DVD
Sebelah baca/tulis DVD-R
Jenis media: Cakera optik
Muatan: ~4.7 GB (lapisan tunggal ), ~8.54 GB (single-sided double-layer)
Mekanisme baca: 650 nm laser, 1350 kB/s (1×)
Mekanisme tulis: 1350 kB/s (1×)
Penggunaan: Data storage, audio, video, games

DVD (juga dikenali sebagai "Digital Versatile Disc" atau "Digital Video Disc" - lihat Etimologi) ialah sejenis format media storan cakera optik yang popular. Kegunaan utamanya termasuk penyimpanan video dan data. Kebanyakan DVD sama dimensinya dengan cakera padat (CD) tetapi boleh menyimpan enam kali lebih data berbanding CD.
Kelainan-kelainan istilah DVD selalu menghuraikan cara data disimpan dalam cakera: DVD-ROM mengandungi data yang hanya boleh dibaca dan tidak boleh ditulis, DVD-R dan DVD+R boleh ditulis sekali kemudian berfungsi seperti DVD-ROM, manakala DVD-RAM, DVD-RW, atau DVD+RW pula menyimpan data yang boleh dipadam dan ditulis semula banyak kali. Jarak gelombang yang digunakan oleh laser DVD biasa adalah 650 nm.[1]
Cakera-cakera DVD-Video dan DVD-Audio masing-masing merupakan kandungan video dan audio yang diformat dan distrukturkan dengan sebetulnya. Jenis-jenis DVD yang lain, termasuk yang mengandungi video, boleh dipanggil cakera DVD-Data. Istilah "DVD" selalunya disalahgunakan untuk memaksudkan format cakera optik definisi tinggi secara amnya, seperti Blu-ray dan HD DVD (namun HD DVD kini sudah lapuk). Kesannya, DVD yang asal kadang-kala dipanggil SD DVD (untuk "definisi biasa")

GSC VS TGV


Menonton DVD cetak rompak tidak memberi kepuasan kepada aku, sama seperti menonton pornografi Jepun 3 bintang. Analogi sahaja, tak bermakna aku tengok porn. Sebagaimana yang anda tahu, dua syarikat pawagam yang paling besar di Malaysia adalah Golden Screen Cinemas (GSC) dan Tanjong Golden Village (TGV). Kedua-dua pawagam memiliki ciri-ciri yang unik tak kisahla yang mazmumah mahupun mazmudah yang membezakan antara satu sama lain. Berdasarkan pemerhatian aku yang menonton wayang setiap minggu, ayuh kita kaji perbezaan GSC dan TGV.

1) Makanan

GSC memiliki kelebihan dalam kategori ini kerana menggunakan khidmat Hotdog 1901 yang panjangnya 6 inci dan bentuknya yang firm. Anda boleh bayangkan benda lain, tiada masalah. Hotdog di TGV pula adalah hotdog yang generic saiz orang Asia dan rotinya pula rasa macam polisterine. Baik kau makan hotdog Abang Ropi depan 7-11 rumah aku tu. Begitu juga dengan popcornnya. Secara general tanpa merujuk kepada lokasi-lokasi tertentu, caramel popcorn di GSC ternyata lebih manis dan rangup. Tapi kalau Corn In A Cup, TGV yang menang kerana rasanya tidak terlalu manis dan tidak terlalu masin. Oh kat TGV ada Chachos kat GSC takde.

Apapun aku nasihatkan agar korang tidak membeli popcorn di GSC Midvalley di kaunter utama di hadapan itu kerana aku pernah nampak tikus berenang di lautan popcorn dalam mesin buat popcorn itu. Sumpah ini bukan fitnah aku tak sempat nak ambil gambar je haritu tak percaya tanya da' Killa.

Pemenang: GSC menang sebab Hotdog besar dan lazat

2) Kerusi

GSC memiliki kerusi yang selesa, tak kiralah kerusi biasa ataupun kerusi ringan-ringan di mana kita boleh menyandarkan leher kita. Kerusi di TGV pula memang gampang sekali di mana anda mungkin akan dijangkiti osteoporosis kerana tiada sokongan leher di kerusi biasa mereka. Eh? Kedudukan di antara kerusi hadapan juga terlalu rapat, so kalau orang yang kaki panjang dan organ reproduksi panjang macam aku ni memang struggle la nak melunjurkan kaki. Orang belakang pulak main lutut-lutut kerusi kita dan ini boleh membuatkan kita hangin.

Pemenang: GSC menang tanpa bertanding

3) Kemudahan membeli tiket secara online

Aku jarang membeli tiket di tempat kejadian kerana malas nak beratur dan takut tak dapat seat yang best so aku selalu beli online sahaja. Lagipun aku tak suka nak berurusan dengan pekerja kaunter tiket yang selalu dibelenggu emosi akibat terpaksa bekerja di hujung minggu. Kedua-dua TGV dan GSC menyediakan khidmat membeli tiket secara online, tetapi jika hendak membuat perbandingan, aku rasa Online Ticketing system GSC lebih baik kerana menggunakan user interface yang bersistematik dan tersusun, senang nak navigate, dan gambar kotak-kotak kerusi dia pun tidak menyakitkan hati.


Interface di laman TGV pula nampak cluttered sebab dia listkan semua panggung, kalau guna dropdown menu mudah sikit. Entahlah itu pendapat aku sahaja. Dan gambar kerusi tidak diletakkan nombor, susah hendak tikam nombor ekor ataupun hendak mengelakkan diri daripada dapat seat nombor sial mengikut kepercayaan masing-masing.


Pemenang: GSC lagi

4) Harga tiket


Aku rasa harga tiket kat TGV murah singgit dua daripada GSC. Cuba kau pergi tengok wayang di GSC Pavilion huiiii memang mahai nak mampuih itu belum kau dapat bil tiket parking kau lagi. TGV juga ada sesi early bird kalau tengok wayang sebelum pukul 12 tengahari dapat diskaun lagi.

Pemenang: TGV pemurah

5) Customer service

Customer service merupakan salah satu KPI yang digunakan untuk menentukan sama ada pekerja di GSC ataupun TGV boleh dapat increment semasa performance review tahunan ataupun dapat cuti di Hari Raya Aidilfitri. Dengan menetapkan mindset sebegini, kedua-dua pekerja GSC dan TGV memberikan khidmat pelanggan yang memuaskan secara umum. One off case kalau dia buat muka minta pelempang ataupun tak sebut branding "welcome to GSC/TGV" dengan penuh semangat tu tak kiralah. Tapi dalam sesi perbandingan ini kita mesti ada pemenang. Sebagai tie breaker kita kaji pula wajah-wajah pekerja do GSC dan TGV. GSC lebih banyak menggaji pekerja lelaki tak kiralah yang berbangsa seperti Shuhud ataupun Adam, terutamanya di Midvalley. TGV pula lebih banyak gadis-gadis yang berat badannya kurang daripada 48kg dan memiliki wajah above average nak dekat-dekat hot. TGV Jusco Cheras Selatan ada pekerja bibir Angelina Jolie lagi.

Pemenang: Seri, selepas masa tambahan TGV.

Aku rasa orang tidak akan kisah membayar harga tiket yang lebih mahal bagi mendapat keselesaan yang hakiki. Selain itu GSC tampak lebih eksklusif, ada Gold/Premier Class dan layout serta dekorasinya pun nampak gemilang. Tapi bergantung juga dengan lokasi panggung. Rumah aku dekat dengan Alamanda yang didominasi GSC tu sebab aku suka pergi sana kerana aman dan tak ramai orang. Siapa duduk Subang pasti gemar TGV Sunway Pyramid sebab dekat dengan rumah mereka dan boleh makan di Ole-Ole Bali. Kesimpulannya, berdasarkan kajian di atas, aku lebih gemar pergi ke GSC berbanding TGV. Anda bagaimana?

Duit Dari Adsense Dan Nuffnang?? Ermm,,

  Duit Dari Google Adsense dan Nuffnang


Salam ustaz, saya nak bertanya pasal satu advertisement blog yang bernama nuffnang ni. Kalau kita letakkan subscribe nuffnang dan google adsense di blog, kita akan dapat duit upah kerana telah mengiklankan sesuatu produk. Soalan saya ialah, boleh ke kita ambil duit yang diberi dan apakah status duit tersebut? Harap UZAR dapat ulas. terima kasih. JAWAPAN
Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nuffnang dan Google Adsense, justeru saya sukar untuk saya memberikan jawapan yang tepat dan specifik kepada kedua-dua penyedia ruang iklan tersebut.
Namun untuk tidak mengecewakan pihak yang bertanya, saya akan memberikan jawapan umum yang berupa panduan ringkas untuk menyemak status hukum dalam hal-hal yang melibatkan iklan dan bayaran darinya.
Sefaham saya, isu utama dalam hal ini adalah upah yang diberi kerana membenarkan ruang web atau blog kita digunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak nuffnang dan google adsense, hasil dari kemudahan yang diberikan itu, kedua pihak tadi akan memberikan upah tertentu menurut cara tertentu.
Dari sudut aqad atau kontrak, susbstance atau inti utama kontrak sebegini jatuh dalam kategori aqad ‘menjadi wakil dengan tawaran upah tertentu' atau wakalah bil ujr. Atau lebih tepat, dalam hal ini pemilik web menjadi wakil memanjangkan iklan syarikat-syarikat dan produk yang tersenarai dalam senarai panjang google dan nuffnang (kerana biasanya bukanlah google dan nuffnang mengiklan barangan mereka sendiri tetapi barangan dan produk pihak lain)
Dalam konteks ini, kita selaku pemilik web dan blog dikira menjadi wakil pihak nuffnang and google untuk menyebarluaskan iklan mereka, sebagai timbal balas, ganjaran akan diberikan kepda pemilik web atau blog, berdasarkan formula kiraan tertentu sama ada berdasarkan jumlah klik dan sebagainya.


Secara ringkasnya, bagi menentukan hukum dalam hal ini beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:-
1) Autoriti : Autoriti pihak yang menyediakan tawaran, dalam konteks ini adalah Nuffnang dan Google. Jika telah disemak dan dipastikan kedua-dua pihak mempunyai kredibiliti untuk melunaskan janji dan tawarannya, satu peringkat semakan hukum telah lulus. Peringkat ini penting bagi memastikan tiada unsur gharar dalam penawaran mereka.
2) Upah dan cara kiraan : Jumlah upah dan cara pengiraannya MESTILAH diberitahu dengan jelas dan boleh difahami oleh pihak pelanggan (kita). Jika perkara ini telah berjaya dipastikan dan difahami sebaiknya, tatkala itu lulus peringkat kedua semakan Shariah.
3) Kandungan iklan : Kandungan iklan yang dipaparkan. Jika sekiranya kandungan yang terbit di ruangan iklan yang disediakan untuk google dan nuffnang itu memaparkan iklan yang TIDAK HALAL, seperti gambar wanita tidak menutup aurat, permainan berunsur judi, iklan forex trading, bank riba dan pinjaman riba dan apa sahaja iklan yang tidak halal, tatkala itu upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram sebagaimana kandungan iklan tersebut.
Prinsip Islam jelas dalam hal ini, setiap promosi produk dan iklan yang haram adalah haram juga mempromosikannya, maka setiap upah atas promosi sesuatu yang haram juga jatuh di dalam kategori haram. Dalilnya terlalu banyak antaranya adalah laknat nabi terhadap setiap golongan yang terlibat dengan arak, demikian juga riba. Juga firman Allah yang melarang kerjasama dalam hal yang membawa dosa dan permusuhan.
Saya difahamkan bahawa terdapat fungsi ‘filter' atau pemilihan iklan yang boleh kita benarkan terpapar di web kita. Namun begitu, masih terdapat juga iklan-iklan yang tidak sewajarnya tersiar dan di luar kawalan pemilik web. Justeru, dalam menentukan keharusan penggunaan kedua-dua Nuffnang dan Adsense, hal seperti ini mestilah terlebih dahulu dipastikan terkawal dengan sempurna.
4) Cara pembayaran : Hal ini mestilah juga disemak dengan teliti bagi memastikan tiada unsur penipuan dan gharar.
KESIMPULAN
Jika keempat-empat peringkat iaitu semua lulus dan berjaya mematuhi hukum Islam, tatkala itu upah yang kita perolehi juga turut halal, demikian juga sebaliknya.
Perlu diingat sekali lagi, tulisan saya ini TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG PENGESAHAN terhadap penggunaan google adsense dan Nuffnang, ia hanya memaklumkan garis panduan yang perlu diambil kira oleh sesiapa yang ingin menyediakan ruang iklan kepada kedua pengendali iklan terbabit.
Sekian.



Sumber:
www.zaharudin.com